hyojoo2214
5 tahun
Darah Haid Tak Henti
Saya wanita berumur 21 tahun. Saya mempunyai masalah dimana period saya tidak henti. Saya pada mulanya period 21/7 dan akhir 3/8 (tiada darah). Lepas pada seminggu saya period lagi, pada 11/8 shingga 19/8 (darah tiada). Then lagi lepas seminggu, pada 28/8 Saya period lagi shingga 1/9 (darah dah takde). Hari ini 6/9 saya dapati saya period lagi. Selang seminggu untuk semua period. Saya tiada mengalami apa2 simptom sakit atau apa2 pun. Saya risau. Saya juga dulu mengalami masalah tidak period dalam beberapa bulan. Sometimes 2 bulan sekali, sometimes 3 bulan sekali. Tak teratur. Skrg datang sminggu skali pulak. Harap doktor boleh beri pendapat. Terima kasih
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Kitaran haid yang normal berlaku dalam lingkungan 24 hingga 38 hari. Kitaran haid wanita berbeza-beza dan melalui masalah yang diterangkan di atas, anda mengalami kitaran haid yang pendek. Ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan kitaran haid menjadi pendek. Antaranya ialah:
- pil perancang
- anovulasi
- PCOS, sindrom polisistik ovari
- fibroid rahim
- penyakit tiroid
- stress
- penurunan atau penaikan berat badan yang mendadak
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mendapatkan kepastian penyebab masalah anda, saya sarankan untuk berjumpa dan rujuk kepada doktor berdekatan supaya dapat buat pemeriksaan yang lebih teliti sebelum mendapatkan diagnosis yang tepat. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk menghubungi secara peribadi di atas talian dengan doktor kami untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu



























