
Sulit
4 tahun
Darah haid yang tidak normal
Assalamualaikum doktor, darah haid saya tidak normal. dalam masa seminggu, darah haid saya bertukar dari merah(sedikit gelap) kemudia menjadi coklat. selepas itu, bersih. kemudian, dua hari keesokannya, perkara ini berlaku sama seperti tadi. selepas dua hari bersih, perkara utu berlanjutan lagi. saya baru berumur 17 tahun, dan masih tidak berkawin. apakah pendapat doktor?

4 tahun
Hai dan selamat sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu haid berwarna coklat pekat dan tidak banyak. Untuk makluman anda, darah haid coklat adalah normal.
Anda masih risau tentang haid anda? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Warna coklat menandakan darah telah berada di rahim cukup lama dan warnanya tidak lagi segar.
Darah coklat biasanya muncul pada awal dan akhir kitaran haid.Jika darah coklat muncul pada awal hari haid, ia mungkin sisa darah dari kitaran terdahulu yang dikeluarkan lewat. Walaupun darah coklat yang muncul pada penghujung ia menunjukkan darah telah di akhir kerana kerja rahim untuk menumpahkan dindingnya telah menjadi perlahan.
Bilakah darah haid coklat dikatakan tidak normal?
Gejala yang tidak normal adalah seperti berikut:
- Haid Melebihi 7 Hari
- Tidak teratur
- Tidak Datang haid selama lebih dari tiga hingga enam bulan
- Pendarahan vagina di tengah-tengah dua kitaran
- Perdarahan terjadi setelah berhubungan seks
- Perdarahan terjadi setelah menopause
- Berlaku pendarahan sepanjang masa
- Sakit pada faraj atau bahagian perut
- Demam (mungkin menunjukkan jangkitan)
- Keletihan
Di samping itu, haid yang tidak banyak dapat disebabkan oleh beberapa penyebab yang perlu ditentukan dengan melakukan pemeriksaan yang lebih terperinci lagi oleh doktor atau tenaga kesihatan untuk kepastian. Antara penyebab yang mungkin adalah:
- berat badan bertambah/berkurang
- pil perancang kehamilan
- mengandung
- stres/ tekanan
- masalah hormon tiroid yang terlalu aktif
Jika anda mempunyai keraguan, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih