Sulit
5 tahun
Darah keluar selepas hubungan sexy
Selamat pagi doktor, saya Ada soalan . Saya seorang wanita yang berusia 19 tahun yang sudah berkahwin . selepas membuat hubungan sexy bersama suami saya , saya mendapati darah keluar daripada vagina . Darahnya banyak saya tak pasti sama Ada darah period ataupun bukan . Rasanya tidak sakit Ada sedikit gatal pada bahagia vagina , sudah 2 hari darahnya masih keluar. Perlu ke saya berhenti sementara untuk hubungan sexy bersama suami saya?
Sudah sebulan saya tidak datang period , saya pernah ambil ujian upt, keputusan adalah samar Samar, selepas membuat hubungan sexy , darah keluar Dari vagina . Saya tak pasti sama Ada saya pregnancy atau pun tidak .
Boleh doktor Bantu saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Kecederaan pada dinding faraj
- Pendarahan spotting
- Pendarahan implantasi (kehamilan)
- Penyakit kelamin (sexually transmitted diseases)
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
Anda masih risau tentang pendarahan yang dialami? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan punca pendarahan yang dialami oleh anda. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.



























