
fionachai9887
5 tahun
Darah keluar seminggu selepas haid
hai slamat pgi dc…sya wanita 21thun…sya mngalami msalah pndrahan saat smnggu lpas haid…sya rsau tkut gngguan bagi ksuburan sya…sya mngalami msalah ini sjak bulan lepas…apa kah msalah yg saya hadapi serius atau di sebaliknya??

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pendarahan selepas seminggu haid anda ini boleh disebabkan:
- Pendarahan implantasi kehamilan - jika ada bersetubuh
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi pada hari 14 selepas hari pertama haid
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.