Sulit
6 tahun
Darah Period Beku dan Berlendir
Saya wanita berusia 20’an. Sejak dua bulan yang lalu, saya menghidapi sakit batu karang. Dan selepas itu, period saya keluar dalam kuantiti yang agak banyak dan berketul serta berlendir. Dan sekarang ni period cramps saya terlalu teruk sehinggakan kadang kala menyebabkan saya sukar untuk berjalan.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid sakit serta darah berketul dan berlendir ini boleh disebabkan:
- Endometriosis - apabila sel lapisan dinding rahim tumbuh di organ lain
- Fibroid/polip dalam rahim - boleh menyebabkan kesakitan dan pendarahan berketul
- Jangkitan dalam rahim - menyebabkan Penyakit Radang Pelvis
- Ketumbuhan dalam rahim/serviks - boleh menyebabkan pendarahan abnormal, kesakitan dan batu karang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.





















