Tanya Doktor

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Darah tidak berhenti selepas melahirkan

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Oktober 19, 2020 8:57 AM

Sulit 43 hari

Selepas bersalin ceazer saya mngambil perancang suntikan …slepas tiga bulan saya stop .sehingga sekarang darah masih belum berhenti .dh 7 bulan dah

Dr Sri Viknarajan 43 hari
General Practitioner

Salam sejahtera.

Masalah haid berpanjangan atau menorrhagia didefinasikan sebagai perdarahan haid yang melebihi 80 ml. Secara umumnya, wanita yang mengalami perdarahan haid lebih dari 7 hari, perdarahan yang melimpah atau terpaksa menukar pad beberapa kali sehari boleh dikatakan sedang mengalami perdarahan haid berpanjangan. Suntikan perancang mempunyai kesan sampingan pendarahan yang boleh berlarutan selama berminggu atau berbulan setelah anda berhenti mengambil suntikan ini.

Namun, kita harus melihat juga punca lain yang boleh menyebabkan perdarahan haid yang berpanjangan:

• Dysfunctional uterine bleeding atau perdarahan dari rahim yang terjejas. Kondisi ini merupakan punca yang paling utama untuk perdarahan haid berpanjangan.
• Fibroid, sejenis ketumbuhan otot dari dinding rahim
• Polip di rahim atau di pintu rahim (cervix)
• Endometriosis, sejenis kondisi di mana lapisan dalam dinding rahim yang berada di luar rahim
• Radang pelvis kronik atau pelvic inflammatory disease, biasanya disebabkan oleh jangkitan kelamin
• Hypothyroidism, atau kekurangan rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
• Barah di pintu rahim atau dinding rahim (cervical and endometrial cancer). Kondisi-kondisi ini adalah lebih biasa dalam kalangan wanita yang lebih berusia.
• Sindrom polisistik ovari atau PCOS
• Penyakit bekuan darah atau coagulopathy
• IUCD atau intrauterine contraceptive device
• Ubatan seperti ubatan hormon atau ubatan cair darah

Seperti yang anda lihat, terdapat pelbagai kemungkinan yang boleh menyebabkan haid anda berlarutan selama sebulan. Oleh itu, pelbagai soalan tentang sejarah kesihatan harus ditanyakan dan ujian imbasan mungkin diperlukan untuk mendapat diagnosis anda. Haid berpanjangan boleh menyebabkan anemia kerana anda kehilangan darah lebih daripada kebiasaannya. Simptom-simptom anemia adalah seperti:

  • Sakit kepala dan rasa kepala ringan
  • Rasa letih dan tidak bermaya
  • Rasa mahu pitam
  • Kelihatan pucat
  • Kesukaran bernafas

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor pakar wanita. Doktor pakar wanita mempunyai kemahiran dalam pelbagai sakit puan serta prosedur untuk mengenal pasti dan merawat masalah wanita. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Anda masih risau tentang pendarahan berpanjangan ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

Dikemaskini pada: Mon Oct 19 2020 08:57:23 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang kehamilan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Ubat untuk mengugurkan kandungan Selamat malam, doktor. Saya seorang wanita berusia 39 tahun. Saya mempunyai seorang teman lelaki. Baru-baru ini kami telah menjalinkan hubungan tanpa sebarang perlindungan. Hal ini telah mencetu… Baca lagi...
5 hari
Sulit
1st pregnancy placenta previa type 3 Saya ibu kepada anak berumur 1 tahun sebulan, semasa mengandungkan anak yang pertama, saya menghadapi malah kandungan iaitu placenta previa type 3. Doktor pakar memberitahu saya selepas 3 tahun … Baca lagi...
32 jam
Sulit
Keluar cecair berwarna coklat semasa kencing Saya preggy 15week, pagi tadi semasa kencing, ada keluar sekali cecair wrna coklat Baca lagi...
10 hari
Sulit
Pengunaan Cranbarry semasa hamil Assalamualaikom, isteri saya hamil sudah 4 bulan & dia alami masalah kencing kotor. Pada awal sudah berjumpa doktor & makan ubat tetapi hasilnya masih alami jugak. Selepas itu saya beli produk b… Baca lagi...
6 hari
Sulit
Pregnancy and buat s&c selepas tahu molar hai salam sejahtera doktor. saya haritu disahkan molar pada 31/8/2020 then 15/10/2020 saya disahkan hamil semula. time tu takut semua ada. sebab first bacaan beta hcg 1000 then turun 400 lebih b… Baca lagi...
17 hari