
Sulit
3 tahun
Demam 3 hari suhu lebih dari 37.7, cirit birit serta muntah
Saya lelaki berumur 23 tahun, saya mengalami demam selama 3 hari dengan suhu 37.7, masuk hari keempat saya mengalami cirit birit serta muntah, terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang dialami oleh anda, demam, cirit-birit dan kerap muntah amatlah tidak selesa dan ia mengganggu aktiviti harian anda. Ia boleh disebabkan oleh pelbagai faktor dan ini berkait dengan sistem gastrousus anda. Jangan risau kerana kami akan membantu anda.
Antara punca lazim mengapa seseorang mengalami demam, muntah dan cirit-birit adalah:
- Gastroenteritis
- Keracunan makanan
- Demam kepialu (typhoid fever)
- Jangkitan parasit
- Hepatitis
Anda perlu berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mempunyai gejala ini:
- Cirit-birit yang berterusan
- Muntah berterusan
- Lemah dan lesu badan
- Dehidrasi
- Pitam atau hampir pitam
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.