fetisellaali
5 tahun
Demam dan batuk, kes positif nCovid di sekitar kediaman
Salam sejahtera,
Saya ingin tahu apakah langkah yang perlu dilakukan apabila mengalami situasi berikut. i.e.;
1 kes positif nCovid di kawasan tempat tinggal saya.
Tinggal di perumahan jenis flat dan ada disediakan lif untuk kegunaan penghuni.
Ahli keluarga saya ada menunjukkan symptom demam berserta batuk berkahak.
Keluarga 1 : M / 21YO / recovered (fever with cough about a week ago)
Keluarga 2 : M / 17YO / fever nil / coughing
Tqvm & God bless…
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
saya faham kerisauan anda kerana sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus.
Bagi menjawab pertanyaan anda mengenai keperluan bagi anda dan sekeluarga melakukan saringan, ia bergantung kepada risiko. Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Sementara itu, anda amat digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
Mencuci tangan dengan sabun dan air.
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































