
Sulit
3 tahun
Demam dan lenguh tangan selepas disuntik vaksin astrazaneca
Baru sehari disuntik vaksin astrazeneca pada malam nye deman dan lenguh pada tangan yg disuntik hingga pada pagi ni.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Pertama sekali tahniah kami ucapkan kerana telah mengambil vaksin dalam usaha kita membendung wabak COVID-19 serta melindungi diri dan orang lain daripada penyakit ini.
Kami ambil maklum dengan kebimbangan anda mengenai kesan selepas menerima vaksin. Berikut merupakan beberapa kesan sampingan yang mungkin dialami setelah seseorang menerima vaksin COVID-19:
- Lokal (di kawasan suntikan)
- Sakit atau ketidakselesaan
- Bengkak
- Kemerahan di tempat suntikan dan sekitarnya
- Sistemik:
- Demam
- Cirit birit
- Pening kepala
- Sakit kepala
- Reaksi alahan:
- Kesukaran bernafas
- Nafas berbunyi
- Timbul ruam gatal
Berbalik kepada situasi anda, ia adalah perkara biasa yang akan berlaku iaitu demam dan lenguh pada tangan yang disuntik. Sekiranya keadaan bertambah buruk, anda diminta untuk ke hospital dengan segera.
Anda boleh hubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini