
Sulit
4 tahun
Demam pada hari ke 11 kuarantin diri
Salam. Saya merupakan kontak rapat kepada pesakit Covid-19. Salah seorang dari ahli keluarga saya disahkan positif dan dibawa ke hospital. Pihak KKM hanya menghubungi kami sekeluarga untuk bertanyakan butir maklumat kami dan tiada arahan lanjut dari pihak KKM. Dan saya telah menjalani kuarantin diri selama 11 hari pada hari ini bermula dari hari ahli keluarga saya disahkan positif Covid-19. Namun hari ini saya telah mengalami demam tanpa simptom lain seperti batuk dan lain2. Adakah saya perlu membuat ujian covid? Dan adakah ahli keluarga yang tidak bergejala boleh keluar seperti biasa selepas cukup 14 hari kuarantin?

4 tahun
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kerisauan anda terkait wabak yang kita alami sekarang, lebih-lebih lagi berkenaan kontak rapat dan gejala positif COVID-19
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Berdasarkan garis panduan Garis Panduan Covid-19 KKM. Seseorang itu boleh menyebarkan virus dalam waktu 14 hari sebelum individu itu mengeluarkan gejala dan tanda-tanda jangkitan Covid-19. Lazimnya ujian Covid-19 perlu dilakukan pada individu yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit positif Covid-19.
Justeru saya sangat menggalakkan anda untuk mengemukakan info dan cerita yang sama kepada klinik kesihatan atau hospital yang terdekat bagi mengetahui kondisi anda yang sebenar sebagai langkah berjaga-jaga.
Saya juga menggalakkan anda untuk menjawab kuiz ini secara berkala di Penilaian Risiko untuk COVID-19 untuk menilai status kesihatan semasa anda berkaitan dengan penyakit ini. Setelah menyelesaikan kuiz ini, anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori. Arahan selanjutnya akan diberikan pada akhir kuiz.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19. Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan baik, patuhi penjarakan sosial/fizikal dan pakai pelitup muka apabila anda berada di luar atau di khalayak ramai.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda sekeluarga, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini