
Sulit
3 tahun
Demam selepas habis kuarantin
Hi doktor.
Saya baru sahaja selesai kuarantin selama 10 hari. Saya ingin bertanya, kalau selang 2 3 hari lepas 10 hari kuarantin tiba-tiba saya demam dan batuk, adakah covid yang aktif masih ada dalam badan saya?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Untuk makluman anda, gejala demam dan batuk yang alami boleh disebabkan oleh jangkitan Covid-19 yang belum pulih sepenuhnya ataupun jangkitan lain pada saluran pernafasan. Kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada CAC berdekatan anda untuk langkah-langkah lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini