
Anonymous
5 tahun
Demam waktu malam, telinga merah bila bdn panas
Saya nak tanya anak sy dh 5 hari dmam malam… Bila malam bdan dia panas dan dia rasa sejuk… Bila sian dia ok, boleh main.adakah demam mlm ni bahaya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan gejala demam pada kanak-kanak. Antaranya:
- Jangkitan virus
- Jangkitan bakteria
- Dehidrasi
- Strok haba
Anda amat disarankan untuk merujuk anak anda kepada doktor untuk pemeriksaan dan rawatan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.