
Sulit
5 tahun
Denyutan janin sy hilang…17 minggu ..or sy x rasa sbb dia bergerak sana sini
umo sy 25.sy mengandung kali kedua…yg bertama gugur…ney kedua…skunk sy mengandung 17 minggu…denyutan janin mcm hilang atau sy x dpt rasa…sy mencari.hmmmtkot

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, denyutan jantung bayi boleh didengari melalui pemeriksaan fizikal menggunakan stethoscope ataupun ultrasonografi. Denyutan janin boleh menjadi sukar untuk didengari jika kandungan air terlebih dan boleh disebabkan oleh pelbagai sebab lain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor lebih-lebih lagi jika anda merasakan jika bayi anda tidak lagi bergerak secara normal. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.