
Sulit
4 tahun
Depression Atau Sakit Mental
Assalamualaikum Doc , sya umur 22 tahun pada tahun ini . Saya belum bekerja & sdg mencari kerja . Sblm ini ada kerja tetapi disebabkan keluarga saya jauh mereka menyuruh saya untuk berhenti dri kerja and balik ke kg saya . So sya buat seperti yg mereka mahu tetapi sya stress d rmh dan stress tidk ada kerja and income . Stress berada d rmh dgn keadaan bising dgn ramai budk d rmh and rmh semak oleh bdk² tidk dipedulikan . Makan minum saya abg ipar sya yg tanggung . Bapa saya hnya bagi makan anak baru aka anak mama tiri saya . Mama kandung saya meninggl ketika saya umur 17tahun lepas dari itu saya pulang rumah bapa saya . Saya sgt stress apabila bapa saya tidak peduli dengan kami sdgkan dia yg mnyuruh kami balik d rmh ni . Sblm ni saya tidak stress sebab saya kwrja and tinggal sendiri … tapi skrg saya stress bila ada d rmh dan saya ada bf . Bf saya bukan seorang yg supportive , setiap apa yg saya lakukan dia akan komplain dan trus komplain … saya stress dgn keadaaan sekeliling . Saya cuma mahu kasih tahu bhwasanya ketika saya stress sya akan menyakitkan tubuh badan saya sendiri sbgai contoh saya hentak kepala dekat besi katil saya atau dekat dinding rumah simen … saya tahu tu salah tpi saya tidak dpt kontrol …dan saya akan menangis and menangis dgn sendiri … saya lebih sukakan bersendirian drpd berada d kawasan yg trlalu ramai org … bagi saya tempat yg ramai org sgt meremehkan dan sya tidak suka hal² yg meremehkan … Perluka saya berjmpa dgn pakar psychology atau bagaimana ?saya tidak punya sesiapa untuk meminta nasihat … kawan² saya semuanya tidak dpt membantu sya … untuk saat ini saya hanya sibuk kan diri dgn mencari kerja dan main game/tengok drama bagi menghilangkan sgla kerisauan dlm diri saya …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan soalan dan kenyataan anda, sukar untuk kami katakan sama ada anda mempunyai masalah mental ataupun tidak berikutan lebih banyak maklumat diperlukan dan anda perlu membuat pemeriksaan bersama dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan anda mempunyai masalah sedemikiann:
- Psikologi:
- Trauma dengan masa lalu
- Kemurungan (depression)
- Keresahan (anxiety)
- Masalah personaliti
- Penyakit bipolar
- Rehat yang tidak mencukupi
- Perubatan:
- Masalah tiroid
- Faktor luaran:
- Masalah keluarga
- Masalah perhubungan
- Masalah kewangan
- Persekitaran
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Ia juga boleh disebabkan oleh perkara lain yang tidak kami sebutkan di atas. Pemeriksaan lanjut oleh doktor adalah diperlukan supaya punca masalah anda dapat diketahui dan rawatan dan bantuan dapat diberikan kepada anda.
Disebabkan anda mengalami masalah ini sehingga menyakiti diri anda, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor segera supaya bantuan dapat diberikan kepada anda sebelum keadaan semakin melarat dan mengganggu kesihatan mental anda. Untuk mendapatkan bantuan, anda boleh membuat janji temu bersama doktor melalui aplikasi MySejahtera untuk janji temu di klinik kesihatan berhampiran ataupun pergi ke bahagian kecemasan di hospital berhampiran anda.
Pada masa ini, anda boleh lakukan beberapa perkara berikut:
- Menceritakan masalah anda kepada orang yang anda percaya
- Melakukan aktiviti yang boleh mengalihkan perhatian anda daripada berfikiran negatif
- Mengamalkan gaya hidup sihat
- Mendapatkan rehat yang cukup
Kami sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kounseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosi anda dengan lebih terkawal dan berhasil. Sekiranya anda mempunyai kecederungan untuk meragut nyawa ataupun melakukan perkara yang boleh membahayakan keselamatan orang sekeliling, anda boleh menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline di 0379568145.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang anda alami. Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor kami mengenai masalah yang anda alami. Terima kasih.