Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Derma Darah/Sel Stem

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Februari 12, 2020 5:05 PM

Sulit 15 bulan

Hi, selamat petang.
Saya pernah mengidap siflis pada 2013. Menjalani rawatan hampir 3 tahun di Hospital Kerajaan sehinggalah selesai.
Baru-baru ini, salah seorang ahli keluarga (kakak) di diagnoisi mengidap penyakit Multiple Myeloma (Barah Darah).
Dr. telah memanggil adik beradik untuk menjalani ujian darah untuk melihat kesesuaian darah untuk pemindahan sel stem.
Bolehkah saya menjadi penderma?

Dr Sri Viknarajan 19 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, setiap penderma yang ingin mendermakan darah mereka akan menjalani saringan pemeriksaan darah bagi mengesan penyakit bahaya perkara berikut:

  • Human Immunodeficiency Virus (HIV)
  • Hepatitis B & Hepatitis C
  • Sifilis

Jika darah anda membawa penyakit berikut, darah anda tidak akan digunakan atau didermakan kerana ia boleh menjangkiti orang lain. Terdapat juga beberapa kriteria untuk menderma darah. Iaitu:

  • Sihat tubuh badan.
  • Berumur di antara 18-65 tahun untuk yang pernah menderma.
  • Berumur di antara 18-60 tahun untuk pertama kali menderma.
  • 17 tahun (perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga).
  • Berat badan 45kg ke atas.
  • Tidur minimum 5 jam.
  • Tiada masalah kesihatan.
  • Telah mengambil makanan sebelum menderma darah.
  • Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut :
    • Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual).
    • Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
    • Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial.
    • Bertukar-tukar pasangan seks.
    • Mengambil dadah secara suntikan.
    • Menjadi pasangan hubungan jenis kepada golongan di atas.
  • Pendermaan terakhir 3 bulan lepas
  • Bagi penderma wanita; tidak mengandung, tidak datang haid, tidak menyusukan anak.

Jangan menderma jika anda :

  • Pernah tinggal di United Kindom (England, Northern, Ireland, Scotlaand, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan (terkumpul) atau lebih.
  • Pernah tinggal di Europe dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 5 tahun (terkumpul) atau lebih.

Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dengan lebih lanjut mengenai soalan anda. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Wed Feb 12 2020 17:05:54 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Hematologi tentang derma darah secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19