
Sulit
5 tahun
Description ubat norcutin
Saya wanita berumur 26 tahun dan mengalami haid yg tidak teratur…Saya pernah berjumpa doktor dan doktor memberi sy ubat “norcutin”…Adakah ubat tersebut membuatkan haid sy stop?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, Norcutin ialah sejenis pil hormonal yang digunakan untuk merawat masalah seperti haid tidak teratur, perancangan keluarga dan sebagainya.
Terdapat pelbagai kesan sampingan Norcutin. Antaranya, perubahan saiz payu dara, emosi kurang stabil dan sebagainya.
Ubat ini berfungsi untuk mengawal sedia kitaran haid. Ubat ini tidak memberhentikan haid malahan kadangkala menyebabkan haid berlebihan.
Walaupun ubat ini boleh didapati di farmasi, saya cadangkan agar anda mendapatkan rujukan lanjut tentang keperluan untuk anda mengambil ubat ini.
Untuk mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak kami di link ini (DoctorOnCallEPharma) secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih