
Sulit
3 tahun
Despression sampai mencederakan diri sendiri
doc , sya sering berfikir smpai sya tak boleh fokus . sy despression smpai mencederakan diri sy dgn memukul kepala sya sendiri. sy pernah meluahkn apa yg sya nak luah dkt kawan² sya tp benda tu tak jugak buat saya rasa tenang . bila saya nangis saya sering kali sakit dada lepastu sya xboleh bernafas dan risau tak tentu pasal . apa yg perlu saya buat doktor? saya sngt sering kali mencederakan diri sya smpai sya terfikir nak bunuh diri

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anak saudara anda alami. Berdasarkan soalan dan kenyataan anda, sukar untuk kami katakan sama ada beliau mempunyai masalah mental ataupun tidak berikutan lebih banyak maklumat diperlukan dan beliau perlu membuat pemeriksaan bersama dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan beliau mempunyai masalah sedemikian, seperti:
- Psikologi:
- Trauma dengan masa lalu
- Kemurungan (depression)
- Keresahan (anxiety)
- Masalah personaliti
- Penyakit bipolar
- Rehat yang tidak mencukupi
- Tekanan yang melampau
- Perubatan:
- Masalah tiroid
- Masalah struktur otak
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Ia juga boleh disebabkan oleh perkara lain yang tidak kami sebutkan di atas. Pemeriksaan lanjut oleh doktor adalah diperlukan supaya punca masalah beliau dapat diketahui dan rawatan dan bantuan dapat diberikan kepadanya.
Pada masa ini, anda boleh lakukan beberapa perkara berikut:
- Mendengar luahan hatinya dan sentiasa memberi sokongan moral dan emosi
- Mengajak beliau melakukan aktiviti yang boleh mengalihkan perhatiannya daripada berfikiran negatif
- Mengamalkan gaya hidup sihat
- Mendapatkan rehat yang cukup
Kami sarankan anda untuk membawanya berjumpa dengan doktor segera kerana perkara ini berlarutan dan terdapat risiko untuk beliau mencederakan diri dengan lebih teruk.
Kami sarankan beliau mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kounseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosinya supaya dengan lebih terkawal dan berhasil. Sekiranya beliau mempunyai kecederungan untuk meragut nyawa ataupun melakukan perkara yang boleh membahayakan keselamatan orang sekeliling, anda boleh memberinya nombor telefon ini untuk mendapatkan bantuan 24 jam; Suicide helpline 0379568145.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang dialami. Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor kami mengenai masalah yang anda alami. Terima kasih.