Sulit
4 tahun
Doktor , sudah 4 hari saya batuk dan selsema
Saya lelaki, umur 38 tahun.Berasa tidak selesa apabila batuk akibat tekanan di dada sebelah kanan.Saya bimbang ia berkaitan jantung kerana berat badan saya kini 90 hingga 91kg.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah batuk dan selesema yang anda alami boleh disebabkan:
- Radang saluran udara - akibat jangkitan virus atau kesan jerebu/asap rokok
- Penyakit resdung - akibat alahan pada debu, asap
- Jangkitan influenza virus
- Jangkitan paru-paru (pneumonia) atau tb - sekiranya mempunyai kahak atau berdekatan dengan pesakit sebelum ini
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.