
Sulit
3 tahun
Dose 2 vaccine sinovac
Saya sudah vaccine dose 2 pada 8/8 kesan pada saya sampai sekarang…jantung sentiasa berdebar…saya xboleh lari dan naik tangga, cepat menggah…susah saya kerja secara normal.Ada ke ni normal? Bila kesan ni akan berakhir? Apakah perlu saya pergi hospital utk dapatkan rawatan lanjut

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Kami mengucapkan tahniah kepada anda kerana melengkapkan suntikan 2 dos vaksin Covid-19. Menurut penerangan anda, kami memahami anda mengalami gejala jantung berdebar-debar dan cepat letih. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kesan sampingan vaksin Covid-19 boleh dilihat sehingga 6 minggu pasca vaksinasi. Oleh itu, ada kemungkinan yang gejala anda boleh disebabkan oleh vaksin. Namun, terdapat masalah kesihatan lain juga yang boleh kami pertimbangkan sebagai punca masalah anda. Antaranya :
- Dehydrasi
- Anemia
- Gangguan tekanan
- Masalah keresahan
- Masalah jantung
Sekiranya masalah anda bertambah teruk atau diiringi simptom lain seperti sakit dada, bengkak kaki atau sesak nafas, sila rujuk kepada doktor untuk mendapatkan bantuan lanjut.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini