Sulit
2 tahun
Dua 3 hari sy rasa sakit tekak
Sy aladin nk tanya pada doctor
Dua 3 hari ni sy rasa sakit tekak
Apa bleh doctor jelaskan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Menurut kenyataan yang disampaikan diatas, anda mengalami masalah sakit tekak sejak beberapa hari yang lalu. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Umumnya gejala ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor antaranya termasuk
- Radang saluran udara/tekak - akibat jerebu/asap rokok
- Tekak cedera ataupun luka
- Kurang minum air
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Jangkitan kuman dalam saluran udara/tekak
- Radang tonsil
- Jangkitan dan batu tonsil
- Luka pada tekak - akibat asid refluks (gastrik) atau makanan
Oleh itu anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.