Sulit
2 tahun
Emosi atau masalah mental?
saya wanita berumur 20tahun. Sejak akhir tahun lepas saya mula rasa tertekan, hilang minat dalam melakukan aktiviti, hilang fokus, overthinking, kurang keyakinan diri dan lain lain lagi. Ada satu masa jika sesuatu perkara buruk terjadi saya akan rasa sakit pada bahagian dada saya sehingga sukar bernafas. Kadang-kadang saya tidak dapat menahan emosi saya dan mula menangis. Dan ketika itulah saya sesak nafas, mula rasa nak muntah dan sakit pada bahagian kepala. Saya juga boleh dikatakan bila saya mula rasa sebegitu, saya akan jadi hilang kawalan dan mula menoreh tangan saya sehingga pernah terfikir hendak bunuh diri. Tangan saya juga akan mula berpeluh dan menggeletar. Badan saya rasa sejuk dan sebagainya. Saya mula hindarkan diri daripada berkumpul beramai ramai dan lebih suka menyendiri di dalam bilik, dan saya juga dah tak percayakan sesiapa untuk bercerita masalah saya. Emosi saya juga mula tak terkawal bila berfikir pelbagai perkara yang terjadi dalam hidup saya. Saya juga pernah membuat ujian dass dan keputusannya juga teruk. Adakah saya mempunyai masalah mental atau sekadar mainan emosi seperti yang dikatakan orang?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Berdasarkan gejala yang anda nyatakan di atas, anda mungkin menghadapi masalah kemurungan. Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah ser ta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau ber tahun-tahun.
Antara tanda-tanda kemurungan adalah:
• Kesedihan atau “kekosongan” perasaan yang berpanjangan
• Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokan
• Cepat rasa letih dan tidak bertenaga
• Perasaan pesimistik dan mudah putus asa
• Perasaan bersalah
• Rasa diri tidak berguna
• Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur
• Hilang selera makan dan penurunan berat badan
• Rasa lebih baik mati, kadangkala diser tai dengan percubaan bunuh diri
• Rasa tidak tenteram dan mudah marah
• Kurang daya tumpuan dan ingatan
• Sukar membuat keputusan
• Simptom fisiologi seper ti sakit kepala, sakit-sakit badan dan gangguan penghadaman
• Kurang nafsu seksual
• Pergerakan menjadi terhad/ kaku atau menjadi resah gelisah
• Mudah cemas atau fobia
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri