zfoxzack
6 tahun
Ereksi tidak sepenuhnya dan sukar mengekalkan ereksi
Saya berusia 24 tahun dan bakal berkahwin pada tahun hadapan.Pada tahun ini saya perasan yang tahap ereksi saya semakin menurun dan tidak seperti dahulu.Dalam tahun ini saya amat kerap mengambil ubatan2 kerana masalah kesihatan iaitu sakit gastrik angin,sakit saraf(tp disyaki cuma kurg merehatkan sendi),alahan resdung dan paling kerap saya kena angin dlm badan .Sehingga kadang saya mengurut lembut ditepi kerandut telur pun smpai sendawa2.
Soalan pertama-Adakah masalah kesihatan yg saya alami punca saya kurg ereksi atau cpt kundur?apa nasihat doktor?
Soalan kedua-Adakah pengambilan ubatan antibiotik dan sebagainya utk masalah kesihatan saya memberi kesan sampingan pada tahap ereksi saya?
Soalan ketiga-Bila saya keluar bersma tunang syg,saya akan mencapai ereksi bila bersentuhan atau berdekatan dgnnya.Tp jarang keras sepenuhnya dan mudah kendur tidak seperti dahulu.Sebaliknya pula jika saya cuba mendapatkan ereksi dengan menonton porn…ia sukar mengeras dan kadang onani juga tak mampu mengeraskn zakar saya.Ereksi saya hanya mampu memanjang tapi tidak mengeras seperti dahulu.Apa punca dan rawatan nya?
Soalan keempat-Saya seorang yang bernafsu kuat dari zaman remaja dan kerap juga melakukan onani ketika usia muda…tetapi tidak pernah mengalami keadaan seperti ini.Ia berlaku selepas saya mengalami masalah kesihatan berturut2 dalam tahun nie.Adakah kerana aliran darah ke zakar saya sudah tidak baik?Adakah kerana angin yg bnyk terkumpul mnganggu aliran darah tu?
Saya harap doktor dapat bantu saya,kerana saya akan berkahwin pada tahun depan…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Masalah psikologi
Kecederaan zakar
Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
Penyakit jantung
Diabetes
Obesiti
Kolesterol tinggi
Darah tinggi
- kesan sampingan ubat-ubatan psikiatri, ubat diabetis, darah tinggi dan antihistamine
Antibiotik tidak menyebabkan disfungsi ereksi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
































