Sulit
3 tahun
Excema dan Beprosalic oitment
Bayi saya berusia 6bulan dan mempunyai G6PD dan mempunyai excema badan, sesuai x saya gunakan Beprosalic oitment pada badannya dan berapa lama prolog yg bole digunakan dalam satu² masa?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Namun begitu, masalah anda perlu di periksa oleh doktor di klinik berdekatan dahulu. Hal ini kerana dos ubat untuk bayi berbeza dengan orang dewasa. Terdapat juga maklumat tambahan yang perlu dipertimbangkan sebelum memberikan apa-apa ubat terutamanya pada bayi. Oleh itu, saya sarankan anda untuk ke klinik dan dapatkan ubat yang sesuai untuk bayi anda.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.