
Anonymous
5 tahun
Faraj rasa macam bengkak
Padanhari keempat saya haid, saya bersetubuh. Dan keesokkannya saya rasa ounya kemaluan rasa sakit dan darah haid saya tidak keluar lagi… tambahan pula saya depress dan saya selalu terlampau emosi …ketika saya bersutubuh , suami saya tidak mengeluarkan sperma dia dalam kemaluan saya tetapi hanta di perut saya… saya pelik kenapa darah haid sudah tidak keluar lagi dan kemaluan saya rasa macam bengkak

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan seksual - leher rahim terbuka dan membuka ruang untuk bakteria masuk dan membiak.
- Jangkitan kulat faraj
- Infeksi pada dinding faraj- Lapisan dinding rahim akan gugur bersama darah haid, membiakkan kuman dan bakteria yang boleh mendatangkan jangkitan saluran kencing.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.