
Sulit
3 tahun
Feeling pain in the abdomen
Hi doc,saya seorang remaja yg berusia 15 tahun,saya selalu merasa sakit di bahagian abdomen. Selain itu,saya juga mempunyai beberapa simptom yang lain, seperti sembelit,najis berdarah, dan perut berasa kenyang walaupun tak makan. Saya juga selalu berasa lesu dan cepat letih walaupun tidak melakukan pekerjaan yg berat.

3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anak anda hadapi iaitu ketulan darah di najis. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Luka akibat sembelit
- Buasir
- Fisur dubur (anal fissure)
- Ulser peptik
- Radang usus
- Kanser kolorektal
- Radang usus
- Irritable bowel syndrome
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor jika masalah tersebut memudaratkan aktiviti harian anda. Anda juga boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih terperinci mengenai langkah yang perlu dilakukan pada waktu ini.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.