Anonymous
6 tahun
Fibroidenoma di payudara
Saya wanita berumur 19 tahun , saya mahu bertanya boleh kah saya mengambil minuman sarang burung ? Ada sife effect tak untuk ketumbuhan saya ??
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk pengetahuan anda, minuman sarang burung mempunyai kandungan mineral kepekatan tinggi, protein aktif serta protein gelatin. Ini tidak akan membawa kesan sampingan ke atas pertumbuhan fibroadenoma. Walaobagaimana pun, sesetengah minuman sarang burung yang telahpun diprocess dengan penambahan komponen yang lain, maka kami tidak dapat memberikan pengesahan sama ada komponen lain yang ditambahkan akan membawa kesan-kesan lain.
Anda disarankan untuk mendapatkan rundingan tentang masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya. Terima kasih
































