ronaldrico890
3 tahun
Fikiran bercelaru dan berfikir hendak mati,selalu bercakap sendirian,mengancam bila marah
Saya seorang remaja berumur 17 tahun.Saya mengalami gangguan fikiran sejak kematian ayah saya.Bermula dari kematian ayah saya lah saya mula berfikiran entah apa-apa.Kadang-kadang ada rasa nak mati.Dan selepas kematian ayah saya juga ketidakadilan keluarga sebelah mendiang ayah saya membuatkan saya rasa lebih tertekan.Saya tidak mahu masalah ini berlarutan kerana saya masih ada seorang ibu yang perlu saya jaga.Perlukah saya mendapatkan rawatan secepatnya?Sebab sekarang kadang-kadang perilaku saya pelik-pelik.Kadang-kadang saya bercakap sendirian,kuat berimajinasi benda/seseorang hingga membuatkan fikiran saya bertambah teruk.Kadang-kadang juga saya boleh naik angin hingga mengancam orang lain.Tolong saya dokter.Apakah nasihat dokter?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, simptom-simptom yang anda nyatakan ini boleh merujuk kepada pelbagai jenis masalah psikiatri. Kami memerlukan maklumat lanjut tentang simtom-simtom yang anda hadapi bagi mendapatkan diagnosis yang lebih tepat. Oleh itu, kami menyarankan anda untuk mendapatkan rawatan lanjut daripada pakar psikiatri kerana mereka lebih mengetahui rawatan kepada masalah yang anda hadapi.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.