
Sulit
3 tahun
Gangguan emosi dan perasaan
Saya seorang gadis berumur 20 tahun. Sejak akhir-akhir ini saya seperti mengalami perasaan yang dimana saya sendiri tidak memahaminya. Saya rasa seperti takut merasa kehilangan dan merasa orang disekeliling sayang menjauhi dari saya. Kadang-kadang saya akan marah tanpa sebab kepada orang itu jika dia menjauh dari saya. Saya akan berasa sedih ,kosong dan marah dalam masa yang sama. Saya merasa diri tidak dihargai. Saya cenderung untuk cepat bosan dan rasa tidak berminat untuk melakukan aktiviti yang saya minat. Jika saya merasakan orang itu jauh dari saya ,saya kerap kali akan teringat perkara yang lalu yang menyebabkan saya bertambah sedih. Adakah ini perkara normal untuk dirasai atau adakah saya mengalami masalah lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera
Terima kasih atas soalan anda
Berdasarkan pernyataan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, anda mungkin mengalami kemurungan. Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.