Sulit

4 tahun

Gangguan Yang Menjejaskan Kehidupan Seharian Seseorang

Erm tadi saya dah chat tapi lupa lagi satu. Tubuh saya seperti tangan dan kaki sering sejuk. Bibir saya juga sentiasa kering dan terkoyak. Dan saya sering hisap darah bibir saya tu. Saya juga sering gigit kuku hingga berdarah. Saya juga mempunyai gejala bahawa setiap orang yang baru sahaja mengenali saya ada rasa ingin tahu tentang diri saya. Tapi, bila berhadapan dengan keluarga, kawan2 … Perangai pelik saya takkan muncul. Ia kan muncul bila saya seorang diri. Saya jugak percaya bahawa saya ada kaitan dengan jin atau makhluk halus. Saya jugak mampu jadi bodoh bila inginkan seseorang untuk menyayangi saya. Saya mula rasa gugup terketar2 bila ingin berjumpa saudara mara. Jantung berdebar2 dan berpeluh serta ingin rasa pitam. Saya juga berhalusinasi bahawa saya ada penyakit teruk seperti kanser dan lain2. Saya juga sering berharap bahwa saya akan mengalami kanser, covid… dan lain2 supaya mati. Saya betul2 dahagakan perhatian, kemudian bila saya sudah dapat perhatian, saya jadi benci kasih sayang dan perhatian tu.

Dr Ramzdhan,

4 tahun

Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami

Untuk makluman pihak anda, sukar untuk kami membuat kesimpulan sama ada anda mengalami masalah emosi atau mental. Hal ini kerana sebelum sampai ke diagnosis, terdapat banyak soalan yang harus diajukan, pemeriksaan serta mengambil kira diagnosis lain sebelum mebuat kesimpulan ianya adalah masalah emosi atau mental.

Bukan itu sahaja, anda harus diperiksa oleh doktor pakar yang berkaitan sebelum diagnosis dibuat.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Anda boleh terlebih dahulu berjumpa dengan doktor di klinik. Mereka akan memeriksa anda terlebih dahulu sebelum merujuk anda kepada doktor pakar sekiranya perlu.

Pada pendapat dari pihak kami, terdapat beberapa cara yang boleh membantu anda untuk menghadapai gangguan emosi yang anda tengah hadapi iaitu:

  • Hadiri sesi kaunseling bersama ibu anda mengenai masalah ini dengan pakar perancang rumah tangga atau pakar psikatri.

  • Kerapkan berhubung dengan rakan-rakan melalui talian dan luahkan perasaan anda bagi mengurangkan perasaan beban.

  • Kelilingi diri dengan rakan-rakan serta kenalan yang memahami dan yang memberi sokongan terhadap anda.

  • Amalkan senaman yang seimbang. Jika anda mempunyai halangan untuk keluar, anda boleh lakukan senaman dalam rumah untuk meningkatkan keyakinan diri.

  • Laporkan perkara ini kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat kes penderaan yang perlu diketahui sebelum ia menjadi diluar kawalan.

  • Timbulkan hobi atau minat yang baru yang boleh mengalihkan perhatian anda daripada gangguan emosi yang dihadapi ketika ini.

  • Mengelakkan tayangan media yang boleh mencenderungi ke arah depressi dan gangguan emosi serta kesihatan mental.

  • Tontonilah tayang video yang bermotivasi dan memberi semangat serta keyakinan kepada anda dalam segala kegelisahan yang berlaku ketika ini.

  • Pastikan anda mendapatkan tidur dan rehat secukupnya.

Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.

Kami ingin nasihatkan anda untuk sentiasa bersemangat, dan selalu ingat orang sekeliling yang tersayang yang boleh memberikan kebahagiaan kepada anda walaupun sementara. Jangan berputus asa dengan hidup kerana kita lebih bernilai daripada yang kita jangkakan. Jika anda mengalami episod gangguan emosi sehingga boleh terdapat kecenderungan untuk mencederakan diri ataupun orang sekeliling, anda anda boleh menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 60379568145 atau melayari laman web ini untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan.

Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.

stroke-causes-punca-stroke

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)