
Sulit
4 tahun
Garis hitam pada perut
hai dokter , adakah garis hitam pada perut hanya untuk perempuan mengandung ? adakah normal apabila wanita yang tidak hamil mengalami garis hitam di perut mereka ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, garis hitam yang anda ceritakan digelar ‘line nigra’. Linea nigra lebih lazim dalam kalangan wanita mengandung tetapi wanita yang tidak mengandung dan lelaki juga boleh mendapat garisan ini. Terdapat teori yang menyatakan bahawa garisan ini boleh muncul dalam wanita tidak mengandung atau lelaki kerana terlebih hormon estrogen dan progesteron yang mengganggu sel melanocyte untuk menghasilkan lebih banyak melanin. Melanin ialah pigmen yang memberi warna kulit anda. Selain hormon, ubat-ubatan dan persekitaran anda juga boleh menggelapkan garisan di tengah ari-ari anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor untuk memastikan anda tiada masalah yang mengganggu hormon anda, terutamanya jika garisan ini baru muncul dan bukan semenjak lahir.Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.