Sulit
4 tahun
Gastrik dan melarat pada pinggang kanan
Hi doc… Saya perempuan dan berusia 37 tahun… Saya sudah 5 hari gastrik tapi belum sembuh… Kemudia melarat sampai ke pinggang atas belah kanan. Rasa sakit sampai tak boleh gerak. Kalau baring pun tak selesa dan macam tak cukup nafas. Boleh doc memberi penjelasan. Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Penyakit gastrik
- Penyakit asid refluks (GERD)
- Ulser peptik
- Batu hempedu
- Keradangan hempedu
- Penyakit hati
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Gastroenterologi.





























