
norsuhaila731101
5 tahun
Gegendang telinga kanan bengkak
Doktor jika gegendang telinga kanan bengkak…adakah ia berpunca daripada jangkitan kuman di telinga…adakah jangkitan kuman bleh menyebabkan kedua dua telinga sakit.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Bengkak pada gegendang telinga boleh disebabkan jangkitan kuman, kecederaan ketika mengorek telinga ataupun cecair lebihan terkumpul dalam telinga (“Otitis Media with Effusion”). Kedua-dua telinga boleh dijangkiti kuman dengan serentak dan hal ini boleh menyebabkan kesakitan pada kedua-dua telinga dan memakan masa untuk pulih meskipun menerima rawatan.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.