
Sulit
4 tahun
Gemuruh apabila naik pentas apabila mendapat sesuatu anugerah
Saya akan gemuruh apabila berdiri di khalayak orang ramai.dan jantung saya akan berdegup dengan laju.saya juga akan berasa malu apabila diperhatikan orang oleh orang ramai.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Masalah psikologikal:
- Keresahan (anxiety)
- Masalah personaliti
- Kemurungan (depression)
- Masalah tiroid
- Persekitaran yang kurang ceria
- Masalah perhubungan dengan orang lain
Selain itu, adalah normal untuk berasa sedikit gemuruh apabila anda berdiri di hadapan khalayak ramai terutama jika anda merupakan individu tumpuan mereka.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Ia juga boleh disebabkan oleh punca lain yang tidak kami sebutkan di atas. Disebabkan anda katakan perkara ini mengganggu anda, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.