teynqyla
5 tahun
General Question - Nasihat & Pandangan Mengenai Penerbangan ke Korea
Salam Sejahtera Doc,
Saya inginkan pendapat dari Doktor, Jumaat ini (28 Feb 2020) penerbangan saya ke Korea bersama 4 sepupu. Adakah selamat jika saya teruskan perjalanan ke negara tersebut memandangkan kadar kenaikkan jangkitan COVID-19 semakin mendadak dari sehari ke sehari??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarka keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, korea memiliki jumlah jangkitan COVID-19 yang kedua tertinggi. Walaubagaimanapun, masih belum ada lagi sebarang sekatann untuk melancong ke negara tersebut. Jika anda berkunjung ke sana, anda harus menjalankan langkah pencegahan seperti mencuci tangan dengan kerap.
Dalam usaha membendung penyebaran virus, KKM telah bekerjasama dengan DoctorOnCall dalam mempersiapkan portal khas untuk merujuk tentang coronavirus di link ini (COVID-19 Portal). Sekiranya anda mempunyai gejala, anda boleh mendapatkan konsultasi doktor (Tanya Doktor Pakar KKM) yang tersedia pada jam bekerja (0830-1700). Selain itu, anda boleh melakukan kuiz untuk menilai risiko COVID-19 terlebih dahulu. Bagaimanapun sekiranya terdapat kecemasan, sila langsung menghubungi talian kecemasan 999.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































