
nursyuhada9111
5 tahun
Gugur 2 minggu period lewat
Assalam…baru² ni saya gugur, selepas gugur dlm seminggu ada tompokkan darah trun selama 3 hari, skrg saya lewat period 33 hari… Regular period 27/28…normal ke kalo period lambat

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, terdapat beberapa jenis keguguran. Antara jenisnya ialah keguguran tidak lengkap yang merupakan bahan kandungan janin tidak keluar dengan lengkap. Jika terdapat bahagian janin yang masih tertinggal di dalam rahim, ia akan menyebabkan ketidakstabilan hormon yang mampu menyebabkan masalah kitaran haid yang normal. Namun, terdapat juga sebab lain yang mampu menyebabkan haid tidak teratur.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.