
Sulit
4 tahun
Gusi bekas cabut Gigi
Saya 3 Hari lepas Baru cabut Gigi bungsu. Hari ni saya nampak Ada putih2 di atas gusi bekas cabut Gigi tu. Rasanya sakit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, putih-putih di atas gusi selepas mencabut gigi boleh disebabkan oleh nanah atau pertumbuhan ulser. Beberapa penjelasan tentang bagaimana perkara ini boleh berlaku adalah seperti:
- Keradangan pada ruang gigi yang tercabut
- Jangkitan kuman atau bakteria pada ruang gigi atau gusi
- Ruangan sinus yang terdedah melalui lubang gigi yang dicabut. Ini adalah serius kerana ia boleh menyebabkan fistula antara mulut dengan sinus yang terdapat pada kawasan tepi hidung (maxillary sinus) dan boleh menyebabkan jangkitan kuman dan keradangan ( Sinusitis )
Memandangkan adanya risiko jangkitan, sebaiknya anda haruslah berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut. Anda juga disarankan berjumpa dengan doktor gigi sekiranya mengalami gejala berikut:
- Gusi membengkak
- Demam
- Gusi berdarah tanpa henti
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Oleh itu, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih