
kecikawesome1011
5 tahun
Gusi bengkak dan koyak
saya wanita berumur 20an mengalami gusi bengkak dibahagian hadapan bawah .gusi dibahagian rahang juga selalu berdarah .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) bercakap dengan doktor.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda berkemungkinan besar telah menghidap penyakit gusi atau gingivitis. Penyakit gusi merupakan sejenis keradangan pada gusi. Penyakit gusi biasanya disebabkan oleh ginfeksi gig yang berlubang. Antara tanda-tanda penyakit gusi adalah gusi bengkak, gusi berdarah terutamanya semasa memberus gigi, gusi yang sakit serta bau mulut yang busuk. Penyakit gusi boleh mendatangkan komplikasi seperti penyakit gusi kronik, periodontitis, nanah di bawah gigi, ulser, limfa yang bengkak serta risiko yang tinggi untuk gigi yang rosak.
Penyakit gusi yang anda hadapi adalah infeksi yang bermula dari gigi yang berlubang anda dan ini merupakan satu tanda bahawa kebersihan mulut tidak dijaga dengan baik. Keadaan ini akan meningkatkan risiko menghidap pelbagai jenis jangkitan mulut seperti cellulitis. Pengumpulan kuman yang berlebihan di dalam mulut juga akan secara tidak langsung meningkatkan risiko jangkitan tekak, jangkitan sinus, jangkitan telinga tengah serta jangkitan paru-paru.
Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor atau doktor gigi dengan segera untuk mendapatkan rawatan.
Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan. Pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan mulut dan gigi untuk mengelakkan masalah ini dari berlaku lagi. Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor gigi untuk memeriksa mulut dan gigi anda sekurang-kurangnya setahun sekali. Anda juga harus memberus gigi serta menggunakan flos seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor. Cecair pembersih mulut juga boleh membantu menjaga kebersihan mulut dan gigi. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih