
Sulit
5 tahun
Gusi bengkak dan menyebabkan radang di bahagian leher dan tekak
Saya wanita dalam lingkungan umur 20 an. Saya sudah 2 hari mengalami sakit gusi bengkak dan seterusnya mengakibatkan keradangan pada leher dan tekak saya. Saya juga tidak boleh makan makanan yang keras dan sukar untuk membuka mulut atas sebab kesakitan yang terlampau. Sebelum ini jugak saya pernah mengalami situasi yang sama dan telah berjumpa doktor. Dan doktor memberitahu saya bahawa gigi saya hendak tumbuh tetapi sudah seminggu tiada gigi pun yang tumbuh. Tapi dalam keadaan saya yang sekarang, keadaan gusi saya makin membengkak dan terasa amat sakit. Apakah penyelesaian pada masalah yang saya hadapi ini? Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, keadaan yang doktor memberitahu mungkin merupakan wisdom tooth eruption iaitu ketumbuhan gigi bongsu. Masa untuk tumbuhan gigi bongsu ini akan berlainan pada setiap individu.
Anda boleh mengambil ubat tahan sakit sekiranya sakit ini mengganggu aktiviti seharian anda. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.