
Anonymous
4 tahun
Gusi bengkak di bahagian kiri gigi bongsi
Saya sorang wanita berusia 37 tahun. Mengalami bengkak gusi dibahagian kiri di gigi bongsu sehingga menyebabkan saya susah nak telan air liur kerana sakit dan terasa perit. Buat masa ni saya menelan ubat tahan sakit untuk meredakan sakit dan untuk berpuasa. Adakah cara lain untuk saya sembuh kan penyakit uni?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda berkemungkinan besar telah menghidap penyakit gusi atau gingivitis. Penyakit gusi merupakan sejenis keradangan pada gusi.Penyakit gusi biasanya disebabkan oleh dari infeksi gigi.
Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor atau doktor gigi dengan segera untuk mendapatkan rawatan. Doktor akan memeriksa mulut serta badan anda dan rawatan yang terbaik dan sesuai akan diberi kepada anda. Ubat tahan sakit dan antibiotik juga boleh diberi mengikut keadaan gusi anda.
Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan. Pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan mulut dan gigi untuk mengelakkan masalah ini dari berlaku lagi. Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor gigi untuk memeriksa mulut dan gigi anda sekurang-kurangnya setahun sekali. Anda juga harus memberus gigi serta menggunakan flos seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor. Cecair pembersih mulut juga boleh membantu menjaga kebersihan mulut dan gigi. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.