
Sulit
5 tahun
Gusi bengkak rasanya
Doc, saya ade mslh gigi geraham bwh belah kiri rosak… pada ruang gigi yang sudah rosak itu terdapat gusi yg membengkak memenuhi lubang gigi.benjolan dlm gigi rosak. Bila saya sentuh ia mudah berdarah.saya rase tu bkn polip pulpa. Ade x ubat nk surutkan gusi bengkak tersebut?ia hampir terkeluar dari gigi.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- radang gusi
- gusi dijangkiti kuman
- gusi bernanah
Rawatan adalah berdasarkan punca masalah anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.