
dianelankova
3 tahun
Gusi menyusut seawal usia 17 dan sakit gigi yang teramat sangat
Saya pelajar sekolah berumur 17 tahun. Saya berasa sakit gigi dan saya baru sahaja sedar bahawa gusi saya sudah menyusut sehingga menampakkan akar gigi saya di bahagian bawah, hampir kesemuanya. Saya mengalami ngilu dan kesakitan sepanjang masa. Perlukah saya berujumpa doktor gigi buat masa pandemik ini? Saya membaca maklumat bahawa pembedahan gum graft atau pinhole dapat membantu masalah ini tetapi berapakah yg perlu saya bayar untuk rawatan tersebut bagi keseluruhan gigi di bahagian bawah? Bolehkah saya mendapatkan rawatan ini Di klinik/hospital kerajaan? Kerana saya masih seorang pelajar yang akan menduduki SPM tidak lama lagi dan saya tidak memiliki duit yang banyak untuk rawatan tersebut. Apakah Yang boleh saya lakukan untuk meredakan kesakitan Dan penyusutan gusi ini buat sementara waktu?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Sebelum kami mencadangkan jenis rawatan pemeriksaan yang lebih teliti perlu dilakukan pada masalah gigi anda. Punca masalah ini perlu dikenal pasti dahulu. Terdapat punca yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi seperti:
- Jangkitan gusi
- Nanah gusi (gum abscess)
- Impacted teeth atau gigi dan gusi mengalami tekanan disebabkan gigi bongsu yang tumbuh
- Radang tonsil (tonsilitis)
- Radang tekak (pharyngitis dan laryngitis)
- Jangkitan kelenjar air liur
Rawatan akan bergantung kepada punca dan doktor gigi akan memilih rawatan yang paling sesuai dengan masalah anda. Tidak semestinya masalah ini memerlukan pembedahan. Oleh itu anda perlu ke klinik gigi yang berdekatan dahulu untuk memahami apakah punca masalah ini dahulu.
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.