
Sulit
3 tahun
Gusi saya menjadi hitam
Gusi sy warna hitam dan sekarang ni jadi macam ulser kt gusi. Cmne nk atasi ye doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah gusi hitam, seperti:
- Merokok
- Kecederaan pada gigi atau gusi
- Pigmen melanin
- Jangkitan gusi
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Selain daripada itu, punca gusi hitam yang dialami oleh anda perlu diketahui terlebih dahulu. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor gigi supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.