Sulit
3 tahun
Hai..saya day 5 post op cystectomy..di sekitar kawasan operation nampak macam hematoma dan berasa bengkak..adakah normal?
Hai…saya day 5 post op cystectomy…di sekitar kawasan operation nampak macam hematoma dan berasa bengkak…adakah normal?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Keadaan ini memerlukan waktu sekitar 6 minggu untuk kawasan pembedahan sembuh sepenuhnya. Jangan melakukan angkat berat, latihan berat, atau menaiki tangga yang berlebihan sepanjang waktu ini. Selepas pembedahan, kawasan ini akan mula bengkak sedikit. ia akan surut dan bertambah baik selepas 2 hingga 3 minggu. Anda mungkin melihat sedikit darah di dalam air kencing anda atau bahawa air kencing anda berwarna merah muda selama 3 minggu pertama selepas pembedahan. Ini adalah normal. Bagi mendapatkan kepastian, anda boleh berjumpa dengan doktor yang telah melakukan pembedahan keatas diri anda.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.