
Anonymous
5 tahun
Haid berhenti selepas 2 hari
Saya berumur 27thn, dan mempunyai seorang anak lahir pada 05/04/18. Selepas bersalin haid selalunya tepat pada waktunya sehingga 30/05/2019 hari pertama period sehingga 16/07/19 x haid. Tiba2 17/07/19 datang haid ada kluar ketulan besar sebnyak 2kali, tp yg pelik nya smpai 20/07/19 tiba2 berhenti period dan lgsung x darah. Sejak dri tu sy rasa bdn sejuk panas dan cirit birit selama 2hari ne. Tolong jawab soalan ne ya doctor.
Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, ketidak-tentuan haid boleh disebabkan:
- Proses penyusuan - ia bertindak sebagai kontraseptif semula jadi
- Hormon tidak stabil - selepas bersalin
- Kurang berat secara drastik
- Tekanan emosi
Manakala gejala gumpalan besar yang keluar dari faraj boleh disebabkan oleh gumpalan darah haid ataupun darah nifas yang ter-oksida dan tidak dapat keluar selama ini. Sekiranya anda mempunyai simptom lain disertai dengan haid berwarna hitam seperti:
- Faraj berbau busuk
- Sakit perut/senggugut teruk
- Bengkak atau gatal sekeliling kemaluan
- Sakit pada bahagian pelvik
- Demam
- Sakit ketika kencing
Anda perlu merujuk masalah anda ini kepada doktor dengan segera kerana terdapat kemungkinan masalah lebih serius seperti jangkitan kelamin atau jangkitan pada pelvis berlaku. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.