chemah696
5 tahun
Haid cepat berakhir dari kebiasanya
Haid saya biasanya 1-7hari dan paling cepat habis pun 6 hari tapi haid kalini berakhir 4-5 hari je ? Sebelum datang haid saya ada bersetubuh tidak pasti sama ada suami pancut dalam dan saya sering sakit perut bila bangun tidur dan kerap kencing . Haid saya bermula 16hb dengan darah yang banyak dan berketul pada hari keempat haid saya hanya sedikit dan hari ke5 ni tiada darah . Ini sangat membinggungkan saya . Adakah ini tanda awal kehamilan atau saya ada masalah haid?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



























