
Sulit
3 tahun
Haid keluar sedikit dan berketul hanya keluar masa buang air kecil
saya wanita 30 tahun…haid saya datang sedikit sangatdan berketul…keluar waktu sy buang air kecil sahaja dan hanya dua hari…apakah masalah saya doctor…selalu normal mmg tiap2 bulan datang normal…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Kami memahami anda mengalami masalah haid. Untuk makluman anda, masalah berkaitan dengan kitaran haid selalunya dikaitkan dengan percelaruan hormon yang berlaku dalam badan. Ini boleh berlaku kerana :
- Stres
- Masalah berat badan yang terlalu berlebihan atau berkurangan
- Aktiviti fizikal yang berat
- Penggunaan ubat perancang
- Masalah tiroid
- Kesan sampingan sesetengah ubatan
- Anemia
Kami amat menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor pakar sakit puan mengenai masalah haid anda supaya puncanya dapat dikenal pasti dan rawatan yang bersesuaian dapat diberikan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan