Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Haid setelah hamil 74 hari

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Mei 4, 2020 4:19 AM

Sulit 2 bulan

Saya bsalin pada 18/2, sehingga kini masih ada darah… Kadanh2 banyak… Kadang2 sedikit… Adakah itu. Normal? Atau tu darah penyakit… Bsalin caesarean

Dr Sashini Seeni 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pendarahan selepas bersalin dikenali secara saintifiknya iaitu lokia boleh berlaku hingga 6 minggu selepas tempoh bersalin. Kebiasaannya, ia akan berkurangan mengikut peredaran masa. Namun, jika pendarahan tersebut semakin meningkat, ia mungkin disebabkan oleh perkara berikut:

  • haid (kitaran haid wanita kembali, lebih-lebih lagi jika kurang menyusu)
  • jangkitan kuman pada rahim (demam, sakit pinggang, berbau)
  • tekanan emosi (terlalu aktif dalam penjagaan bayi)

Oleh itu, jika anda mengalami pendarahan yang terlalu banyak sehingga menyebabkan anda mengalami sakit dada, letih berlebihan, sesak nafas dan pucat, anda harus mendapatkan rawatan segera.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Mon May 04 2020 04:19:16 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Darah nifas saya lebih 60 hari selepas 60 hari darah nifas saya masih ada tp dalam kuantiti yg sedikir dan warna nya coklat kadang kadang merah tp sedikit. saya tidak ada rasa sakit kepala. Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Haid setelah hamil 74 hari Saya bsalin pada 18/2, sehingga kini masih ada darah… Kadanh2 banyak… Kadang2 sedikit… Adakah itu. Normal? Atau tu darah penyakit… Bsalin caesarean Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Miss v keluar darah berbau busuk selepas 60hari bersalin Hai,sy wanita berumur 26tahun, sy dapati miss v sy maseh mengeluarkan darah tapi tidak banyak. Dan drh yg keluar tu mengeluarkan bau yg tidak menyenangkan…drh tu tidak berbau hanyir tetapi berba… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Nifas melebihi 60hari Saya berumur 32 tahun…saya bru melahirkan ank secara ceaserean…skg darah nifas sy masih ada walaupom sudah melebihi 60hari…sempat puasa 1hari dan skg keluar lgi…sy tidak mengalami sakit dan dara… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Darah nifas yang berpanhangan adakah normal ataupun tidak Dsaya dah bersalin selma sebulan 7hari tetapi masih ada sedikit darah nifas yang keluar…adakah normal kalau masih ada keluar? ianya berwarna pujputih cmpur coklat2 sikit Baca lagi...
2 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi