Salihah
6 tahun
Haid sudah sebulan tidak datang
Masalah haid tak teratur sebulan dtg sebulan tak datang apa masalah tu
6 tahun
Hello dan selamat sejahtera.
Terdapat pelbagai punca berlakunya haid tidak teratur. Punca utama ialah:
• Akil baligh: Haid anda mungkin tidak teratur untuk setahun atau dua tahun pertama haid berlaku
• Permulaan menopaus (antara umur 45 dan 55)
• Awal kehamilan
• Penyusuan
• Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
• Penggunaan ubat tertentu
• Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
• Senaman
• Tekanan yang berlebihan
• Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
• Penebalan atau polip pada lapisan rahim
• Fibroid rahim
Terdapat beberapa cara untuk menangani masalah menstruasi yang tidak teratur. Adalah penting untuk mengenal pasti punca berlakunya masalah ini terlebih dahulu untuk mengatasinya. Oleh itu anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.


























