Sulit
6 tahun
Haid tak teratur (pcos)
hai doc boleh saya tanya saya ada sakit pcos saya nak mengndung , pcos ni ada ubat tak sekiranya saya pergi ke hospital swasta ada tak pakar untuk mkslah saya boleh diubati tak pcos ni . saya pergi klinik dia bagi saya pil perancang sahaja sebulan datang period lepas to terus stop ,apa perlu saya buat doc .terima kasih
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Masalah PCOS ini boleh dirawat dengan beberapa kaedah seperti:
- Pengurangan berat badan dan pengambilan ubat seperti “metformin” - ubat ini memerlukan preskripsi doktor terlebih dahulu
- Penggunaan pil perancang hanyalah untuk mengawal kitaran haid sahaja agar lebih teratur
- Pembedahan sekiranya ubat-ubatan tidak berjaya
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



























