
Sulit
4 tahun
Haid tidak teratur 28/11/2020 - 05/12/2020
hi saya wanita berumur 24 tahun . last period saya pada 28/11/2020 hingga 05/12/2020 tetapi saya masih tidak period sehingga hari ini. saya risau sekiranya mempunyai masalah kesihatan seperti cyst. adakah itu normal atau saya berkemungkinan mengandung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Kehamilan
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Sukar untuk kami katakan sama ada anda mengandung ataupun masalah haid anda berpunca daripada masalah yang disebutkan di atas ataupun sebab lain. Pemeriksaan lanjut haruslah dilakukan. Anda juga boleh menggunakan kit ujian kehamilan untuk melihat sama ada kit tersebut menunjukkan sama ada anda positif atau negatif kehamilan. Sekiranya ia menunjukkan dua garis (double line), sila berjumpa dengan doktor untuk membuat pengesahan kehamilan.
Untuk maklumat anda, kitaran haid wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari manakala tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga 4 hari. Untuk mengetahui sama ada ia normal ataupun tidak, kami sarankan anda merekodkan kitaran anda di dalam diari atau aplikasi telefon pintar. Ini akan memudahkan rujukan anda dan doktor pada masa hadapan. Anda juga digalakkan untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dibuat.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.